33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Laporan MyCTOS, CCRIS percuma sempena Hari Kebangsaan 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CTOS Data Systems Sdn. Bhd. kini menawarkan laporan MyCTOS dengan rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) secara percuma sehingga 31 Ogos ini.

Menurut CTOS, tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada inisitif berterusan syarikat itu untuk memperkasa pengguna menguruskan kesihatan kredit mereka.

Sehingga kini katanya, lebih daripada tiga juta rakyat negara ini telah mendaftar untuk perkhidmatan semakan kendiri CTOS.

“Laporan MyCTOS dengan CCRIS memberi maklumat tentang kesihatan kredit termasuk maklumat terperinci hutang, rekod pembayaran kad kredit dan pinjaman, baki akaun dan had kredit, pertanyaan kredit, kes mahkamah kebankrapan dan maklumat syarikat lembaga pengarah seseorang individu, serta hutang bukan bank (rujukan perdagangan). 

“Institusi kewangan dan peminjam menggunakan maklumat ini semasa menilai permohonan kredit.,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

CTOS telah melaksanakan pelbagai program celik kewangan di seluruh negara bagi meningkatkan tahap literasi kewangan orang ramai agar lebih mahir mengurus reputasi kredit mereka. 

Advertisements

Hasilnya, skor kredit purata penduduk Malaysia meningkat sebanyak 15 mata dari 663 pada 2020 kepada 678 pada 2022.

Sementara itu, Ketua Pegawau Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Erick Hamburger berkata, pihaknya memainkan peranan penting dalam mempromosikan amalan kesihatan kredit yang asas. 

“Kesihatan kredit merupakan aspek penting kesejahteraan kewangan. Ia mempengaruhi keupayaan untuk mendapatkan pinjaman, kadar faedah lebih baik termasuk membeli kereta atau rumah. 

“Dengan memantau laporan kredit secara berkala, menangani ketidak tepatan dan mengamalkan tabiat kredit yang bertanggungjawab, pengguna boleh secara proaktif mengukuhkan kewangan masa depan mereka,” katanya. 

Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan kredit dan untuk mendaftar untuk perkhidmatan semakan diri CTOS dan menerima Laporan MyCTOS dengan CCRIS percuma, layari https://ctoscredit.com.my/freeccris2023/ hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan