24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan meningkat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) meningkat di negeri pantai timur Kelantan dan Terengganu sehingga pukul 8 pagi tadi.

Menurut Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, sebanyak 4787 mangsa terdiri daripada 1,260 keluarga dipindahkan ke pps di enam daerah.

Jelasnya, pemindahan tersebut mencatatkan tren peningkatan berbanding pukul 10 malam tadi yang mana sebanyak 4,476 mangsa yang telah dipindahkan.

Kuala Nerus merupakan daerah paling teruk terjejas selepas 1,695 mangsa daripada 445 keluarga terpaksa dipindahkan ke 14 PPS sehingga pagi ini.

Advertisements

Ini diikuti Marang dengan jumlah 1,251 mangsa, Kuala Terengganu (1,137 mangsa), Besut (673 mangsa), Dungun (23) dan Setiu (lapan).

Sementara itu, tiada mangsa dipindahkan ke PPS bagi dua daerah di Terengganu iaitu Kemaman dan Hulu Terengganu.

Sementara itu di Kelantan, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 376 mangsa daripada 97 keluarga.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa telah dipindahkan ke tujuh PPS yang dibuka di negeri berkenaan.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan