Monday, July 20, 2026

RM448.87 juta subsidi, insentif pesawah tidak dibelanjakan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK RM448.87 juta peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) tidak dibelanjakan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, peruntukan tersebut meliputi pemberian subsidi dan insentif kepada pesawah di seluruh negara.

“Selain itu, isu kelewatan pembekalan baja bagi tempoh 2016 hingga 2019 merupakan satu kerugian kepada kerajaan dan golongan sasar.

“Ini kerana bekalan baja lewat diterima tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap pembekal,” katanya hari ini.

LKAN akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, intipati utama lain yang terdapat dalam LKAN 2022 adalah berkenaan Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Katanya, LGM telah melaksanakan aktiviti R&D yang merangkumi tiga sektor selaras dengan fungsi yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, penghasilan aktiviti R&D yang dilaksanakan masih belum dapat menyumbang secara langsung kepada pembangunan industri getah Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan