26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ketepatan program ramalan banjir hanya 5.6 peratus – LKAN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LAPORAN Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendedahkan pencapaian Program Ramalan dan Amaran Banjir – Fasa 1 (2015-2022) di tiga lembangan sungai masih kurang memuaskan.

Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menerusi kenyataan berkata, ia melibatkan sungai di tiga negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Namun pencapaian program ini kurang memuaskan kerana walaupun kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM145 juta, kadar ketepatan ramalan banjir hanya 5.6 peratus sahaja.

“Ianya tidak berupaya mengeluarkan amaran dan hebahan dua hari lebih awal,” katanya hari ini.

Advertisements

LKAN 2022 turut melibatkan 16 pengauditan prestasi dilaksanakan di 14 kementerian membabitkan projek dan program bernilai RM208.882 bilion.

Sementara itu, dapatan LKAN menemukan Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) gagal untuk mengutip hasil pajakan tanah bagi dua projek di bawah agensi tersebut.

“Ia melibatkan projek pembangunan Hotel St. Regis sebanyak RM3.19 juta sejak 2018 dan pajakan tanah untuk Projek Perkampungan Tok Senik sebanyak RM8.30 juta sejak 2003,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan