31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Empat pelajar ditahan pukul rakan sekolah di Kota Samarahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan empat pelajar dari sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak kelmarin kerana disyaki memukul rakan sekolahnya.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Samarahan, Brodie Branka berkata, pihaknya mengesan video kejadian yang tular di media sosial sebelum menerima satu laporan yang dibuat oleh mangsa.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di belakang blok kedai di Taman Desa Permai, Kota Samarahan.

“Dalam kejadian ini, mangsa seorang pelajar tingkatan satu sekolah tersebut telah dipukul oleh empat pelajar lelaki dari sekolah sama.

“Kesemua suspek telah dikenal pasti dan dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pihak pengurusan sekolah berkenaan telah dimaklumkan tentang kejadian ini.

“Polis mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan rakaman video tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian supaya tidak mengganggu siasatan yang dijalankan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan