29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Khairy akan jumpa Muhyiddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelawaan menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Khairy yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau mempunyai hubungan baik bersama Muhyiddin dan pernah menjadi menteri di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan itu.

“Jadi bila buat tawaran begitu, saya dalam keadaan serba salah. Saya perlu buat keputusan dan ada hubungan baik dengannya. Saya ada DNA sebagai ahli politik pada akhirnya saya mahu kembali dalam politik.

“Sekarang atau kemudian. Jadi, saya akan berjumpa beliau dalam masa terdekat. Sampaikan salam kepada Tan Sri (Muhyiddin). Apa sahaja keputusan saya harap Tan Sri (Muhyiddin) akan terima, parti Bersatu akan terima,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam podcast ‘Keluar Sekejap‘ yang dihoskan beliau bersama Shahril Sufian Hamdan yang disiarkan di Youtube.

Tetamu bagi minggu ini adalah Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Khairy berkata, beliau melihat sikap ahli PN lebih baik berbanding UMNO dan Pakatan Harapan teruatama bercakap perkara buruk mengenai beliau.

Advertisements

“Mereka, (ahli) Bersatu dengan Pas tidak pernah bercakap buruk pasal saya. Tetapi kalau kita tengok UMNO, komen dan ahli UMNO, komen dari orang PH, ini bukan kritikan yang membina sehingga ke hari ini. 

“Saya perasan di media sosial, walau orang PH sendiri takut hendak tegur ‘cybertroopers’ supaya tidak terlalu agresif. Saya perhati (tindakan) mereka memang sedikit keji,” katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal ketika ditanya kenapa Bersatu memilih Khairy, beliau yang menjawab atas kapasiti pemimpin parti berkata, tidak ramai pemimpin muda berbakat seperti beliau.

“Kita pun tahu tidak ramai pemimpin anak muda berjaya dalam politik, KJ adalah seorangnya. Jadi sayang kalau kita tidak mendapatkan khidmat beliau menabur bakti kepada negara. 

“Hanya kerana kezaliman yang dibuat oleh Presiden UMNO ke atas beliau. Jadi kami di Bersatu seperti mana presiden ucapkan kami tidak bersifat begitu. 

“Kita tidak pernah menghukum bakat-bakat muda hanya kerana presiden yang takut untuk bertanding. Jadi, KJ (Khairy) kamu dialu-alukan sertai kami,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan