PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau menyambut yang dihulur Tun M demi matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.
“Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.
“Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr. Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Tun M mengakui bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Tun M dilaporkan berkata, usaha memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.
Katanya, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan. – Edisi 9