29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Rosakkan kolam Deepavali, 2 kakitangan hospital direman

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA kakitangan hospital direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan merosakkan hiasan lantai tradisional atau kolam sempena Deepavali di pekarangan sebuah hospital swasta di Klang, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan jam 11 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

“Dua suspek itu masing-masing individu yang berjalan dengan kasut atas kolam Deepavali serta yang merakam aksi lelaki berkenaan.

“Mereka direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar beliau lagi, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.

Terdahulu, tular satu rakaman di TikTok berdurasi 37 saat yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai kakitangan sebuah hospital swasta sedang berjalan dengan kasut di atas perhiasan kolam.

Tindakan lelaki berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi serta kecaman orang ramai.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan