24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Agong jalani prosedur, pemeriksaan kesihatan susulan di IJN

Seri Paduka Baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan susulan yang dijangkakan selesai pada hujung minggu ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara bermula hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin berkata, Seri Paduka Baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan susulan yang dijangkakan selesai pada hujung minggu ini.

“Adalah dimaklumkan juga bahawa kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Seri Paduka Baginda telah dijadualkan menjalani prosedur tersebut pada pertengahan bulan September lalu tetapi ianya telah ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhil berkata, penangguhan itu berikutan keberangkatan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London, United Kingdom selama lima hari bermula pada 16 September lalu bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara mendiang Ratu Elizabeth II.

“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda menjalani prosedur tersebut serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar dan Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan