Wednesday, July 22, 2026

Agong selamat jalani rawatan, berangkat pulang Jumaat ini

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang).

Menurut kenyataan Istana Negara, Seri Paduka Baginda dijangka berangkat pulang ke tanah air pada Jumaat ini.

“Kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif serta gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda terutamanya bermain polo.

“Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengadakan solat hajat dan tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesihatan Seri Paduka Baginda,” kata kenyataan itu hari ini.

Untuk rekod, Istana Negara pada 7 Februari lalu memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan