31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Pengurusan rayuan kes bunuh CEO Cradle Fund 12 Januari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rayuan menetapkan 12 Januari depan untuk pengurusan kes seterusnya bagi rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Peguam Rahmat Mohamed Hazlan berkata, pendengaran rayuan berkenaan belum ditetapkan kerana rekod rayuan masih belum siap.

Pengurusan kes rayuan hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

Pada 21 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membebaskan Samirah, 47, yang juga balu Nazrin, serta dua remaja berumur 19 dan 16 tahun selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Samirah dan kedua-dua remaja serta seorang wanita warga Indonesia Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, telah didakwa membunuh Nazrin, 45, di rumahnya di Mutiara Damansara di antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya.

Baca juga:   Nicky mengaku tidak bersalah, pengubahan wang haram

Pada 23 Jun lepas, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah dan kedua-dua remaja daripada pertuduhan membunuh Nazrin.

Pada 30 Jun lepas pula, Samirah dan kedua-dua remaja turut memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin ‘dilakukan dengan sengaja.’

Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakiman lisannya, berkata mahkamah menerima keterangan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Edwin Galan Teruki serta pegawai penyiasat kes Halim Zulkefeli yang merumuskan bahawa kebakaran itu telah dilakukan dengan sengaja. – BERNAMA

Baca juga:   JPN siasat dakwaan warga asing miliki IC, terima BPN

Wartawan

Terkini

Import telur atasi kekurangan bekalan – Mat Sabu

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan telur dalam negara dengan kadar segera bagi keterjaminan bekalan...

Lagi Artikel Berkaitan