27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Aliran trafik di Lebuh Raya Karak sesak lebih 17 km

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ALIRAN trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan sesak dan perlahan berikutan pertambahan kenderaan pulang ke ibu negara susulan sambutan perayaan Aidiladha semalam.

Menerusi laporan di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur, setakat pukul 1 tengah hari tadi, keadaan sesak sepanjang kira-kira 17.3 kilometer (km).

Ia dilaporkan bermula dari Karak sehingga ke Lentang.

“Trafik sesak dan perlahan juga dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain.

Advertisements

“Iaitu sepanjang 7.4 km bermula di KM70.1 sehingga KM62.7 (Karak ke Lentang), 5.1 km dari KM62.3 sehingga KM57.2 (Bentong-Lentang) dan 4.8 km dari KM55.5 sehingga KM50.7 arah ke Lentang,” katanya.

Selain itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan juga perlahan iaitu sebelum masuk Plaza Tol Juru, Pulau Pinang arah selatan serta Simpang Pulai, Perak ke Gopeng.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama ke ibu negara dijangka meningkat mulai hari ini berikutan orang ramai pulang selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan