36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Terowong dasar laut: Ketua Menteri beri keterangan 4 jam

Mesti Baca

GEORGETOWN – Selepas tiga Exco negeri Pulau Pinang, hari ini tiba pula giliran Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di sini.

Agensi berita Bernama melaporkan, pemimpin utama negeri itu tiba pada pukul 8.55 pagi dan berada di bangunan terbabit selama empat jam 15 minit.

Sejurus keluar dari bangunan SPRM pada pukul 1.15 tengah hari, Chow yang dikerumuni pemberita berkata, fokus keterangan beliau kepada SPRM ialah berhubung projek terowong dasar laut.

“Saya telah memberi keterangan kepada SPRM sejak pukul 9 pagi dan fokus adalah terhadap projek terowong serta pengesahan akan keputusan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) terhadap projek ini (terowong dasar laut),” katanya, menambah tiada sebarang dokumen diserahkan kepada SPRM.

Ketika ditanya tentang tempoh yang agak lama diambil beliau untuk memberi keterangan, Chow berkata, seperti kelaziman pertanyaan dimulai dengan latar belakang beliau dan disusuli tentang bidang kuasanya sebagai Exco.

CHOW KON YEOW memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut di pejabat SPRM negeri di sini. – foto FACEBOOK

Turut dilihat memasuki bangunan SPRM ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus, bekas Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit Lydia Ong Kok Fooi.

Semalam, tiga Exco negeri iaitu Jagdeep Singh Deo, Chong Eng dan Phee Boon Poh hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung projek mega terbabit membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Pada Jumaat lalu, dua pasukan daripada SPRM mengambil keterangan beberapa petugas di pejabat Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P Ramasamy dan pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang Zairil Khir Johari.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew yang direman selama empat hari mulai 1 Julai lalu oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung projek itu, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Sabtu lalu.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan