26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Program Jualan Rahmah diperluaskan di semua DUN Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Jualan Rahmah akan diperluaskan ke semua kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Johor melihat kepada sambutan baik yang diterima.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ketika ini, Program Jualan Rahmah sedang dilaksanakan di 16 lokasi lain sekitar negeri Johor.

Melihat kepada program berkenaan yang diadakan di Kuarters Hospital Sultan Ismail (HSI) kata beliau, Jualan Rahmah yang diadakan hari ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian daripada Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan penjimatan harga sehingga 30 peratus.

“Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Program Jualan Rahmah di sini.

Advertisements

“Antara barangan keperluan asas yang dijual pada harga rahmah adalah seekor ayam berserta sepapan telur pada harga serendah RM5 setiap item, sekampit beras seberat lima kilogram (kg) pada harga RM14.50 manakala sekampit beras seberat 10 kg dijual pada harga RM29,”katanya menerusi hantaran di Facebook di sini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terus komited bagi memastikan golongan rentan di negeri ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

Ujar beliau, semoga inisiatif baik ini mampu diteruskan dalam mengurangkan beban kos sara hidup Bangsa Johor serta menoktahkan miskin tegar menjelang tahun 2027.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan