31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Ahli Parlimen Gerik letak jawatan dalam parti, setia bersama PN

Mesti Baca

AHLI Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob mengakui telah meletak jawatannya sebagai Setiausaha Bahagian Bersatu pada 6 Oktober lalu.

Menurut beliau, tindakannya itu sebagai solidariti terhadap Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Gerik, Mohamad Rizal Abd Razak yang terlebih dahulu melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan peletakan jawatannya dalam parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen.

“Saya letak jawatan Setiausaha Bahagian kerana ini adalah lantikan oleh Pemangku Ketua Bahagian.

“Apabila beliau meletak jawatan, amat wajar sekiranya saya juga turut tertib dalam melakukan perkara sama sebagai tanda solidariti saya kepada pemangku ketua bahagian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Fathul Huzir berkata, kenyataan itu dibuat berikutan timbul pelbagai spekulasi dan khabar angin tanpa asas ekoran peletakan jawatannya.

Beliau berkata, ahli-ahli parti dalam Perikatan Nasional (PN) tidak wajar mengaitkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen PN susulan tindakannya itu.

Katanya, beliau masih setia dengan parti dan tidak akan sesekali meninggalkan barisan pembangkang atau menyokong Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Khidmat sebagai Ahli Parlimen bagi PN kekal dan saya tidak sesekali akan berundur daripada barisan pembangkang mahupun menyatakan sokongan kepada kerajaan hari ini. Kesetiaan saya tidak boleh dijual beli,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan