31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

‘ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini’ gabungkan Suria FM, ERA

Mesti Baca

BUAT julung kalinya, stesen radio Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi ‘Morning Morning Suria’ dan ‘3 Pagi ERA’ pada 23 Oktober, Isnin ini dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan ‘ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini’,  menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.

Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), berkata, mewakili Suria FM, mereka mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama Astro sekaligus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air menerusi jalinan kerjasama antara radio Suria dan ERA ini.

“Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini adalah simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.

“Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang.

Advertisements

“Ia sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia,’ katanya.

Sementara itu, Pengurus Kandungan ERA Hani Fadzil berkata, ERA teruja untuk bersama-sama Suria FM dalam menjayakan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini yang bakal menemui peminat pada 23 Oktober ini.

“Meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, kami percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh pendengar adalah perkara utama.

“Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan Gagah Bersama,” katanya.

Dengarkan ‘ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini’ di frekuensi Suria FM dan ERA juga di aplikasi Suria Malaysia dan SYOK pada 23 Oktober ini dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan