24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Tidak tahu di mana salah, Tyzo akur khidmat ditamatkan

Mesti Baca

SELEPAS lapan tahun berkhidmat dan menjadi penyampai radio Suria FM, Tyzo akhirnya terpaksa meninggalkan stesen radio swasta itu meskipun kontrak sepatutnya akan tamat pada Mac depan.

Ramai pendengar yang terkejut dan sedih dengan pengumuman itu kerana tiada lagi celoteh Tyzo yang akan menemani mereka sepanjang menempuh kesesakan jalan raya, setiap petang menerusi segmen Suria Petang.

Dalam ucapan terakhirnya yang dimuat naik di Instagram miliknya, Tyzo menyatakan tidak reda dengan keputusan itu.

Tyzo berkata, dia masih sayangkan stesen radio itu dan minatnya pada dunia penyiaran radio masih menebal.

“Terima kasih atas penganiayaan ini,” katanya pada sebuah klip video yang dimuat naik di sosial media.

Penama sebenar Tuah Zoqarnain Idris itu berkata, desas-desus penamatan kontraknya mula bertiup sebelum Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) lagi, tetapi berita itu semakin kedengaran selepas kemenangannya.

Advertisements

Katanya, dia dipanggil pihak atasan untuk memaklumkan berita sedih itu.

Tidak tahu di mana salah dan silapnya, Tyzo akur dengan keputusan pengurusan atasan yang mengarahkannya berehat daripada tugas seminggu yang lalu.

“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.

“Selepas ini mohon tiada pihak spin cerita, olah ayat, tuduh diva demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya,” luahnya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan