26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Azman Hashim dimasyhur sebagai Canselor pertama UCMI

Mesti Baca

TOKOH perbankan, Tan Sri Azman Hashim dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) sempena majlis konvokesyen ke-14 kolej tersebut di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Pelantikan Azman yang juga bekas Pengerusi Kumpulan Ambank dibuat berdasarkan pencapaian dan sumbangan besar beliau kepada negara sehingga menjadi antara tokoh yang amat disegani di negara ini.

Kejayaan beliau dalam membangunkan Ambank telah mengangkat beliau sebagai pengasas yang berjaya dan berpengaruh dalam industri kewangan tempatan.

“Beliau tidak hanya berjaya dalam bidang perbankan tetapi juga dalam pembangunan ekonomi Malaysia menjadikan beliau tokoh yang amat disegani di Malaysia,” kata UCMI dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tokoh pendidikan, Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail pula telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor pertama UCMI.

Asma Ismail menerima watikag pemasyhuran sebagai Pro-Canselor UCMI daripada Mohd Daud Bakar.

Sumbangan beliau kepada sistem pendidikan tinggi dan ekosistem pembangunan sains telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Advertisements

“Beliau telah berjaya dalam penemuan saintifik yang membawa kepada penghasilan 16 paten yang dikomersialkan di seluruh dunia serta menghasilkan ujian diagnostik pantas demam tifoid dipanggil TYPHIDOT, yang turut disokong oleh WHO,” kata kenyataan itu.

Pemasyhuran kedua-dua mereka disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Mohd Daud Bakar.

UCMI berkata, pelantikan kedua-dua tokoh tersebut diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha kolej tersebut untuk mencapai taraf universitI penuh menjelang 2025 nanti.

Pada majlis konvokesyen tersebut, seramai 1,029 graduan yang layak bergraduat telah menerima Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil merangkumi pelbagai bidang masing-masing.

Nurshazwani Abd. Jalani, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Farmaseutikal (Kepujian) dari Fakulti Farmasi UCMI telah dianugerahkan Anugerah Canselor.

Manakala graduan Diploma Sains Perubatan, Wal Ikhwan Mustafa dari Fakulti Sains Kesihatan pula menerima Anugerah Pingat Emas Perdana MAIWP. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan