25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

UCMI dekati masyarakat, sumbang 100 Bakul Rahmah Madani

Mesti Baca

KOLEJ Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) telah mengadakan program mendekati masyarakat yang memerlukan dinamakan Varsiti Peduli Komuniti yang diadakan di Taman Dato Senu, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Batu.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti aktiviti senamrobik, sukaneka, penyampaian sumbangan Bakul Rahmah Madani dan Kembali ke Sekolah, pameran reruai dari agensi kerajaan dan anak-anak syarikat MAIWP, cabutan bertuah serta pemeriksaan kesihatan.

Naib Canselor UCMI, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman menyampaikan penghargaan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang sangat aktif dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat.

“Tanggungjawab ini UCMI galas dengan sebaiknya bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam meneruskan kehidupan di era serba mencabar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Pada program tersebut, MAIWP telah menyumbangkan Bakul Rahmah Madani kepada 100 penerima dan 1,000 kit kesihatan kepada golongan yang memerlukan.

Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pelajar UCMI.

Selain daripada itu, UCMI dan Autohaus KL juga menyumbangkan kepada 50 anak-anak yang bersekolah dalam Sumbangan Kembali ke Sekolah.

Sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban ibu-bapa dalam persiapan persekolahan yang akan bermula Isnin ini.

“UCMI komited dalam menjadi platform untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Semoga program ini memberi manfaat kepada penduduk setempat serta terus memberi impak kepada masyarakat sekeliling,” kata Wan Mohd Azizi.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan