32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Empat cara memperkasa wanita hadapi cabaran semasa

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR

SELAMAT Hari Wanita Antarabangsa 2024 pada semua kaum wanita. Ketahuilah bahawa anda semua adalah wanita hebat.

Perkataan wanita itu sendiri membawa maksud yang sangat mendalam kerana peranan wanita sebagai tonggak dalam pembangunan negara.

Peribadi seorang wanita yang penuh kelembutan dan keayuan tidak bermakna gagal dalam menjalankan tugas sebagai ibu, rakan sekerja, isteri dan pelbagai lagi peranan yang dimainkan.

Ketegasan yang dimiliki oleh wanita itu sendiri turut dikagumi kaum lelaki.

Peribahasa, tangan yang menghayun buaian dapat mengoncang dunia melihat bagaimana seorang wanita itu berjaya memperkasakan diri untuk turut sama berdiri sama tinggi atau lebih tinggi dari gender yang berlawanan.

Wanita turut membuktikan mereka layak untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang yang diceburi, walaupun pada awalnya kurang keyakinan atau perlu mencari kekuatan dalam mengasah keupayaan yang ada dalam diri. Itulah antara ciri-ciri wanita hebat.

Seringkali didengari wanita dihadapkan dengan isu dan cabaran dalam membesarkan keluarga, menyeimbangkan di antara kerja dan keluarga, keperitan hidup dan keganasan rumah tangga, kurang dalam memberikan tumpuan kepada kesihatan diri dan penjagaan kendiri serta ketidaksamarataan dalam kerjaya.

Pemerkasaan wanita penting dalam memastikan negara terus diterajui oleh wanita yang menyumbang secara signifikan untuk pembangunan negara.

Rancangan Malaysia Ke-12 turut memberi penekanan ke arah memperkasa peranan wanita bagi membolehkan mereka bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Jadi apa itu pemerkasaan? Kata dasar adalah perkataan perkasa yang membawa maksud keberanian, kehebatan, kegagahan dan kekuatan.

Advertisements

Oleh itu wanita perlu terus diperkasa melalui empat teknik yang mampu menguatkan kesejahteraan psikologi apabila berdepan dengan isu dan cabaran.

Seterusnya, para wanita perlu memperkasakan diri untuk bertindak (power to act) dan tidak hanya duduk diam dan biarkan diri ditindas.

Tindakan diambil perlulah sesuatu yang positif dan membolehkan mereka menjalankan kehidupan yang lebih sejahtera.

Selain itu, wanita juga perlu mempunyai rangkaian sosial atau hubungan yang kukuh dengan rakan atau masyarakat (power with).

Ini adalah kerana, sokongan sosial amat diperlukan dalam menghadapi apa sahaja rintangan dan masalah.

Akhir sekali, wanita digalakkan untuk meneruskan dalam mencari ilmu pengetahuan (power within) kerana ini memberikan kekuatan dalaman dan pemikiran yang rasional sekiranya berdepan dengan masalah.

Solusi dan langkah terbaik yang perlu diambil juga boleh dihasilkan.

Wanita yang rasional, pandai menguruskan emosi dan bijak dalam pengurusan kehidupan seharian dapat membuat keputusan yang baik dalam segala tindakan.

Walaupun wanita sering dianggap lemah, kini kata-kata tersebut tidak lagi boleh diguna pakai kerana telah terbukti wanita telah berjaya dalam segala sektor dan mampu untuk lebih ke hadapan selaras dengan tema hari wanita di Malaysia tahun 2024, Wanita Dijulang Negara Gemilang.

Selamat Hari Wanita Antarabangsa, 2024.


Penulis merupakan Timbalan Dekan (Ijazah Dasar) di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, dan Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia.
Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan