26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

RM1 juta untuk Tabung Kasih Rahmah Wanita – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan permulaan peruntukan RM1 juta untuk Tabung Kasih Rahmah Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Jelas beliau, tabung berkenaan amat penting bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan dalam keadaan terdesak.

“Insya-Allah semoga ia dapat menggalakkan lebih banyak pihak melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sekaligus lebih banyak program–program pemerkasaan wanita dapat ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 anjuran KPWKM di ibu negara, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan kerajaan amat cakna dengan nasib golongan wanita.

Advertisements

“Wanita sememangnya menjadi inspirasi serta pemangkin kepada pelbagai kepintaran dan kepakaran dalam banyak bidang yang akhirnya menyumbang untuk pembangunan ciri dan identiti masyarakat.

“Alhamdulillah, penglibatan dan sumbangan kaum wanita ke arah memperkasakan kepentingan mereka dalam konteks kemajuan sosio-ekonomi di peringkat tempatan dan global juga telah banyak menyumbang kepada usaha membangunkan negara,” katanya.

Dalam majlis berkenaan Perdana Menteri turut bersetuju memberikan peruntukan permulaan sebanyak RM500,000 kepada Institut Sosial Malaysia (ISM) di bawah KPWKM.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan