27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Agong harap wanita jatuh sungai segera ditemukan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar wanita yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur Bukit Ibam, Pahang, segera ditemukan.

Harapan berkenaan dikongsikan Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di empat pusat pemindahan sementara (PPS) Daerah Rompin, hari ini.

Empat PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan Leban Condong, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok, Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok dan PPS Sarang Tiong yang menempatkan seramai 1006 orang daripada 294 keluarga.

Menurut hantaran berkenaan, Seri Paduka Baginda juga menyeru agar penduduk berdoa supaya operasi pencarian tersebut segera berhasil.

Untuk rekod, pada 3 Mac lalu, seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi jambatan gantung Kampung Aur di Bukit Ibam, dekat Muadzam Shah, Pahang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi dengan mangsa dikenali sebagai Nur Hafizah Zailan, 23, dari Lorong Gangsa 2, Bukit Ibam.

Advertisements

Terdahulu, dalam lawatan itu, selain berkenan meluangkan masa beramah mesra dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), yang berkerjasama memasang jambatan bailey di jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya, Rompin.

Seri Paduka Baginda bertitah, jambatan bailey atau jambatan panel keluli bermodular sepanjang 42.7 meter tersebut sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan dan keselesaan sementara waktu kepada penduduk.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada agensi yang terlibat dalam operasi menyelamat dan menguruskan mangsa banjir, antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), ketua jabatan, wakil rakyat, kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan