30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Tak sedar air pasang, Mazda CX5 nyaris masuk laut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kenderaan jenis Mazda CX5 telah ditenggelami air dan nyaris dihanyutkan ke dalam laut di Pantai Temalah, Sedili Besar, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kereta berkenaan dinaiki seorang lelaki Melayu, seorang lelaki Sarawak dan seorang wanita Cina.

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada air laut yang ketika itu sedang pasang dan mangsa tidak menyedari kejadian air pasang kerana terlalu asyik serta kurang berpengalaman tentang keadaan laut

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, Ketua Polis Kuala Sedili, Sarjan Mejar Saidon Hadzri Abu Hassan bersama dua anggota dibantu dua penduduk Tanjung Sedili dengan segera ke lokasi kejadian.

“Tindakan dan usaha dijalankan bagi menggelak kenderaan tersebut ditenggelami air dengan ditarik keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik penduduk ke atas daratan di kawasan pantai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kenderaan Mazda CX5 ditarik daripada laut mengguna pacuan 4 roda milik orang awam di Pantai Temalah, Sedili Besar. FOTO: FB Polis Balai Kuala Sedili

Ujar beliau, semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemilik kenderaan berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili

“Pihak polis menasihati orang ramai yang datang berkunjung untuk beriadah secara persendirian, berkeluarga atau berkumpulan di kawasan pantai yang terdapat di kawasan Tanjung Sedili sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan.

“Sentiasa berwaspada bagi menggelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan