32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Milan singkir Spurs, Bayern benam PSG

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AC MILAN mara ke peringkat suku akhir Liga Juara Juara Eropah buat kali pertama sejak 2012 selepas menewaskan Totenham Hotspurs 1-0 secara agregat awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Brahim Diaz ketika aksi pertama di San Siro sudah cukup untuk membawa skuad kendalian Stefano Pioli ke pusingan seterusnya.

Dalam aksi di Stadium London menyaksikan pertahanan Spurs, Cristian Romero dibuang padang pada minit ke-78 selepas mengutip dua kad kuning. 

Tandukan kapten, Harry Kane pada masa kecederaan dinafikan penjaga gol pelawat, Mike Maignan untuk memastikan perlawanan itu berakhir tanpa jaringan.

Sementata itu di Munich, Bayern Munich tidak berdepan masalah menundukkan kelab kaya Perancis, PSG 2-0 sekali gus layak ke suku akhir dengan agregat 3-0.

Berbekalkan kelebihan satu gol ketika menang di Paris dua minggu lalu, Bayern Munich berada di depan menerusi jaringan penyerang, Eric Choupo-Moting pada minit ke-61.

Baca juga:   Calon positif COVID-19 perlu ambil langkah keselamatan

Serge Gnabry terus memadam impian PSG untuk melakar kebangkitan apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-89 sekali gus membawa Bayern mengiringi AC Milan, Chelsea dan Benfica ke peringkat suku akhir.

Empat lagi aksi Liga Juara Juara akan berlangsung minggu depan membabitkan aksi Inter Milan dan Porto, Manchester City-RB Leipzig, Napoli-Eintracht Frankfurt serta Real Madrid-Liverpool. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tasik Kenyir diiktiraf Geopark Kebangsaan

TASIK Kenyir atau Kenyir Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan Kementerian...

Lagi Artikel Berkaitan