Saturday, June 13, 2026

Piala FA: Penang FC, Sri Pahang FC ke pusingan 16

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEDAH Darul Aman FC tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas 4-3 kepada Penang FC menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam 90 minit perlawanan di Stadium Darul Aman malam tadi.

Kapten, Manuel Ott meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kesembilan, namun pelawat kemudiannya bangkit meledak dua gol hasil jaringan Giovane Gomes dan Soony Saad.

Ott sekali lagi meledak apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-90 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Penjaga gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi muncul wira pasukannya apabila menyelamatkan dua penalti dalam penentuan sepakan penalti.

Dalam aksi di Stadium Perak di Ipoh pula menyaksikan kebangkitan lewat permainan Sri Pahang FC membawa mereka ke peringkat seterusnya selepas merekodkan kemenangn 2-1 ke atas Perak FC.

Christian Obiozor meletakkan Bos Gaurus di depan pada minit ke-34 namun Abdul Malik Mat Ariff menyamakan kedudukan pada minit ke-82.

Stefano Brundo menjaringkan gol kemenangan Sri Pahang FC pada minit kelima masa kecederaan sekali gus menempah pertemuan dengan Selangor FC. 

Sementara itu, Kuching City FC menanti Penang FC di peringkat 16 terakhir.- Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan