32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tiga ikon usahawan wanita kongsi kisah di Wacana Srikandi

Mesti Baca

TIGA ikon usahawan wanita bakal berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman mereka kepada lebih 1,000 tetamu yang dijangka hadir pada program Wacana Srikandi Sempena Hari Wanita Sedunia.

Program anjuran SACC Convec Sdn Bhd (SCSB) itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 5 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Nor Azlina Amran berkata, tiga ikon berkenaan akan menyertai forum yang juga sebahagian daripada acara menarik sempena sehari program Wacana Srikandi yang akan membicarakan aspek ekonomi dan sosial.

“Tiga ikon yang terbabit itu ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd, Aleeya Zailan dan penerima Anugerah Inspirasi Pesona Wanita Johor, Masitah Mohd Affandy.

“Mereka terbabit dalam forum bual bicara wanita bertajuk Wanita Inspirasi Ikon Berkualiti pada program itu yang dihoskan oleh Fedtri Yahya.

“Forum ini dijangka memberikan pencerahan kepada tetamu yang hadir mengenai peranan wanita dalam dunia yang kian mencabar ini.

“Kami berharap perkongsian kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan akan memberikan manfaat kepada mereka yang hadir,” katanya.

Dengan tema ‘Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender’, program itu bertujuan memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus mencapai kerjaya dan kehidupan.

‘’Setiap kejayaan seorang wanita pasti ada satu perkara yang menyebabkan mereka bangkit, dari situ saya terfikir kenapa tidak memanggil tokoh untuk berkongsi.

‘’Kita juga akan merungkai apakah rahsia di sebalik kejayaan panel-panel kita pada hari berkenaan di dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ini,” katanya pada sidang media pelancaran program berkenaan, yang diadakan semalam.

Advertisements

Hadir sama Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Sapna Turmidi dan penyanyi terkenal, Syamel serta beberapa penaja utama.

Wacana Srikandi itu bakal dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Azlina berkata, program Wacana Srikandi diadakan bagi memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberikan inspirasi kepada generasi baharu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

“Program ini diharap menjadi medium untuk berkongsi kisah pahit manis dan kejayaan tokoh-tokoh wanita di Malaysia dengan harapan kisah mereka dijadikan panduan untuk menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya.

Katanya, penaja utama program itu ialah PKNS, Menteri Besar Incorparated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan kerjasama Thrillerz dan www.myticket.asia.

Program Wacana Srikandi bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri.

Mereka yang berminat untuk menyertai program Wacana Srikandi boleh membuat pembelian tiket melalui www.myticket.asia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan