30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Banteras rasuah: PEKEMA buat kunjungan hormat ke SPRM

Mesti Baca

PERSATUAN Peniaga dan Pengimpot Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menunjukkan tekadnya dalam membanteras rasuah dengan melaksanakan kunjungan hormat buat julung kali ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pertemuan yang berlangsung selama satu jam di Ibu Pejabat SPRM itu, Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memberi fokus kepada inisiatif dan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dalam membanteras gejala rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Azam berkata, SPRM terbuka untuk menjalinkan kerjasama erat dengan PEKEMA demi meningkatkan keberkesanan langkah-langkah pencegahan rasuah di Malaysia.

“Diharapkan hubungan antara SPRM dan PEKEMA ini dapat diperkasakan melalui perkongsian pengetahuan pada masa akan datang dengan penganjuran program seperti forum berkaitan isu-isu rasuah dan penerangan tentang Akta-Akta SPRM,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Mohamed Nazari pula berkata, pihaknya mengungkapkan penghargaan kepada SPRM atas inisiatif kerjasama yang dapat memperkukuhkan hubungan antara PEKEMA dan SPRM.

“Salah satu usulan yang dibicarakan adalah penyelenggaraan program khusus mengenai Akta Rasuah dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram bagi syarikat ahli PEKEMA bertujuan memberikan pemahaman mendalam kepada anggota PEKEMA tentang prosedur penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM dalam sesuatu kes,” katanya.

Kunjungan berkenaan dianggap sebagai langkah awal dalam membangun sinergi antara sektor swasta dan agensi pencegahan rasuah, dengan harapan mencapai tujuan bersama untuk mewujudkan masyarakat bebas dari gejala rasuah di Malaysia.

Menerusi kunjungan hormat itu, Nazari turut diiringi oleh Timbalan Presiden PEKEMA, Dato Wan Sazrudeen Wan Zaid; Setiausaha Kehormat PEKEMA, Ahmad Faresh Ahmad Zahid; Bendahari Kehormat PEKEMA, Ikmal Haqemi Ikmal Hisham serta pihak pengurusan PEKEMA. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan