30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kekangan bajet paksa Intan arah sendiri filem ‘Banglo Seksyen 12’

Mesti Baca

TIDAK pernah terfikir bakal menjadi pengarah, namun ia bukan alasan buat pelakon Intan Ladyana menyahut cabaran itu menerusi filem arahan pertamanya berjudul Banglo Seksyen 12.

Mulai menemui penonton di seluruh pawagam tanah air hari ini, Intan mengakui sokongan daripada penerbit penyelia naskhah berkenaan dan pengarah bersama filem ini meyakinkan dirinya duduk di kerusi pengarah.

“Sepatutnya saya hanya bertindak sebagai penerbit dan pelakon untuk filem ini.

“Memandangkan ketika itu kami hampir kepada waktu untuk penggambaran saya terpaksa juga mengarah disebabkan kami tidak cukup bajet untuk mengambil pengarah lain.

“Untuk filem ini syarikat produksi saya, Prisma Pictures Sdn Bhd mendapat dana pembiayaan (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) Finas yang disediakan hanya RM500,000 saja.

“Ada juga beberapa nama pelakon yang kami rasa layak untuk mengarah tetapi mereka menolak kerana tidak sesuai dengan bajet.

Intan Ladyana (tengah) semasa sidang media tayangan filem Banglo Seksyen 12 baru-baru ini.

“Disebabkan tidak punya waktu lagi untuk cari pengarah, saya terjebak dan menjadi bidan terjun mengarah untuk filem ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media tayangan filem Banglo Seksyen 12, baru-baru ini.

Advertisements

Selain Intan, filem ini diarahkan bersama oleh Dharma Nasution serta diedarkan oleh Metrowealth (MiG).

Berkongsi mengenai cabaran sepanjang menghasilkan filem ini, Intan berkata, penggambaran sepatutnya bermula pada 2020 dan disebabkan pandemik Covid-19 ketika itu, ia ditangguhkan seketika dan penggambaran disambung semula pada tahun 2021.

Malah filem inspirasi daripada novel popular yang menggunakan judul sama hasil tulisan Hasrudi Jawawi itu perlu dirombak beberapa kali berikutan masalah teknikal yang mereka hadapi.

“Selain tertangguh akibat Covid-19, kami sukar merentas negeri disebabkan pandemik yang berlaku.

“Banyak plot dan jalan cerita saya ubah kerana saya mahukan kelainan daripada novel asal,” katanya lagi.

Selain Intan, filem Banglo Seksyen 12 turut dilakonkan oleh Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Mustaqim Bahadon, Farah Yasmin, Faris Fitri dan Faez Malek.

Filem ini mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo yang menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan