Thursday, June 4, 2026

50 saman had laju dikeluarkan dalan Ops Khas Perdagangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 50 saman had laju dikeluarkan penguatkuasa dalam Operasi Khas Perdagangan di Plaza Tol Ayer Hitam dan Plaza Tol Yong Peng Utara semalam.

Operasi yang bermula pada jam 10 malam itu dilaksanakan pasukan penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Batu Pahat bersama peronda Lebuhraya (EMPV) sektor 4 dan unit peronda Lebuhraya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi hantaran oleh Pengendali Facebook BSPTD Batu Pahat, selain saman had laju, pihak penguatkuasa turut mengeluarkan sebanyak 18 saman trafik serta (82) notis JPJ atas pelbagai jenis kesalahan.

“Manakala bahagian narkotik telah membuat pemeriksaan urin ke atas dua orang pemandu lori dan didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

“Polis turut merampas satu paket lutsinar disyaki berisi ganja anggaran sebanyak 1.2 gram dan dua botol plastik cecair disyaki air ketum anggaran 3 liter,”katanya.

Berikutan itu, katanya, kesemua mereka disiasat dibawah Sek 12(2) & 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 30(3) Akta Racun 1952 dibawa ke IPD Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Katanya, BSPTD Batu Pahat menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya agar mematuhi semua undang – undang di Malaysia.

Operasi berkenaan disertai seramai tiga pegawai dan 31 anggota. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan