30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Cadangan guna IBS, BIM strategi berimpak tinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN menggunakan Building System (IBS) dan Building Information Modelling (BIM) secara maksimum dalam sektor pembinaan adalah satu strategi berimpak tinggi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia sekaligus mampu mengurangkan kebergantungan sektor pembinaan kepada pekerja asing melalui pengukuhan kompetensi dan adaptasi teknologi.

“Sehubungan dengan itu, inisiatif memaksimumkan pelaksanaan IBS dan BIM merupakan antara sasaran penting yang telah saya bentangkan dalam Mesyuarat Khas Melibatkan Ahli Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (KSP RMKe-12) pada hari ini, “katanya menerusi kenyataan di sini.

Terdahulu, Alexander menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat berkenaan membuka peluang kepada semua kementerian untuk membentangkan hala tuju dan sasaran serta cadangan penambahbaikan ke atas dasar dan petunjuk prestasi utama (KPI) sedia ada.

Ia bagi memastikan perancangan serta inisiatif program yang disusun akan mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara disamping menjamin pembangunan kesejahteraan rakyat.

Advertisements

Menurut Alexander, kejayaan ini akan dapat dicapai dengan kerjasama strategik bersama kementerian dan agensi yang relevan.

Katanya, dengan adaptasi teknologi sektor pembinaan sedia ada sebanyak 85.3 peratus bagi projek awam dan 81 peratus bagi projek swasta, saya yakin inisiatif untuk mencapai tahap adaptasi teknologi menggunakan IBS dan BIM kepada 100 peratus akan tercapai dengan sokongan dan kerjasama sepadu dari semua pihak.

“Selain adaptasi teknologi, latihan upskilling
dan reskilling melalui program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam sektor pembinaan juga telah saya tekankan selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk memperkasakan program TVET.

“Antara langkah proaktif yang telah diambil oleh KKR dalam menyahut hasrat tersebut adalah melalui Perjanjian Persefahaman (MOU) antara CIDB Holdings dan MRCB yang telah termeterai pada 7 Jun 2023 yang lalu.

“Ia memfokuskan kepada penambahbaikan silibus berhubung pembinaan modular yang merupakan sebahagian daripada teknologi IBS,”ujar beliau.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan