Wednesday, July 22, 2026

KJ kongsi gambar dengan Muhyiddin, cetus tanda tanya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKA Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi gambar beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Gambar berkenaan dimuatkan oleh bekas Menteri Kesihatan itu pada ruangan media sosial InstaStory kira-kira dua jam lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang keterangan ditulis bekas ahli Parlimen Rembau itu.

Dalam gambar tersebut kelihatan kedua-dua tokoh politik berkenaan tersenyum tanpa diketahui motif kunjungan terbabit.

Sebelum ini media melaporkan, Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik itu.

Muhyiddin pula dilaporkan berkata, beliau sudah menetapkan tarikh iaitu dalam minggu hadapan untuk perjumpaan itu diadakan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sebelum ini dilaporkan menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mengesahkan pertemuan Muhyiddin dan Khairy itu.

Beliau turut mengesahkan pertemuan itu diadakan di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara bagi membincangkan mengenai tawaran Bersatu, namun enggan mendedahkan keputusan mengenainya.

“Memang ada pertemuan di rumah Tan Sri (Muhyiddin), namun kita tunggu nanti kenyataan presiden.

“Namun, saya sahkan Khairy tidak akan menubuhkan parti baharu dan parti mana akan disertainya. Kita tunggu kenyataan rasmi beliau sendiri,” katanya seperti dilapor BH Online.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan