26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Peruntukan RM6.9 juta bagi program ‘Road To Gold’ – KBS

Tunai permintaan The Pocket Rocketman dalam persiapan rapi untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Road To Glory (RTG) meluluskan peruntukan sebanyak RM6.9 juta memenuhi permintaan yang dikemukakan atlet sebagai persediaan untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, jumlah itu merangkumi perkhidmatan sokongan yang secara langsung meningkatkan prestasi setiap atlet serta menyediakan persekitaran latihan yang lebih kondusif.

“Ia juga termasuk menyediakan peralatan tambahan latihan dan pemulihan, kos latihan dan pertandingan termasuk perkhidmatan sokongan khusus, kem latihan antarabangsa, pemakanan dan makanan tambahan.

“Selain itu, akses penuh kepada kemudahan latihan MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara), sokongan perubatan dan keperluan teknologi serta meluluskan elaun khas RTG sebanyak RM3,000 sebulan bagi setiap atlet RTG,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa RTG meluluskan permintaan yang dibuat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang dan komited untuk memastikan sokongan berterusan untuknya.

KBS berkata, Jawatankuasa RTG juga turut meneliti semula kriteria pemilihan atlet ke dalam program RTG dengan atlet yang tersenarai dalam pemenang medal Olimpik, senarai ranking 10 tertinggi dunia dan Road To Paris 2024 akan dipertimbangkan.

Advertisements

“Pemain badminton, Ng. Tze Yong, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei (juga dimasukkan) seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Lee Zii Jia (pula) kekal sebagai sebahagian daripada RTG sehingga jawatankuasa berpeluang bertemu dengan jurulatih baharunya, Wong Tat Meng.

“Untuk mengekalkan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sehingga fasa penilaian seterusnya pada September ini,” katanya.

Menurut KBS, Jawatankuasa RTG juga bersetuju untuk memasukan pasukan hoki lelaki ke dalam program RTG. 

“MSN sebelum ini menyediakan peruntukan dan sokongan yang lengkap seperti dua pakar dari Australia untuk membantu persiapan pasukan, mini gimnasium khas di Stadium Hoki Bukit Jalil.

“Bantuan pembelian software (perisian komputer) untuk analisa prestasi, bantuan kejohanan dan latihan serta program bina semangat sepasukan. ISN juga telah menyediakan perkhidmatan sokongan sains dan perubatan sukan yang mencukupi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan