27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Syarikat diseru beri elaun kepada pelatih industri – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT yang beroperasi di negara ini disaran mempertimbangkan untuk memberikan elaun munasabah kepada pelatih industri yang berkhidmat bersama mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada penetapan kerajaan berhubung berapa jumlah yang wajib diberikan tetapi majikan perlu c-peka dengan mengambil kira kos harian golongan itu hadir bertugas.

Katanya, ini termasuk kos tambang pengangkutan sama ada awam atau memandu sendiri serta perbelanjaan makan mereka.

“Kita faham latihan amali bukan pekerjaan biasa, itu peluang pendedahan awal tetapi bagilah sikit elaun munasabah kerana perjalanannya, tambang dan makan.

Advertisements

“Saya sewaktu di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, saya pun ambil pelatih industri dalam keadaan elaun ketua pembangkang masa dalam kerajaan dulu hanya RM1,800 tambahan. 

“Saya terpaksa cari dana untuk bayar sekurang-kurangnya RM1,000 pada masa itu untuk pelatih industri,” katanya pada majlis pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini. 

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan