25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Agong zahir ucapan tahniah kepada Mandy

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Mandy Lai, pelajar Sunway TES Centre of Accountancy Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Penghargaan itu dizahirkan atas pencapaian pelajar itu yang dianugerahkan International Subject Orders of Merit, First Place dan Watts Prize for Audit and Assurance – Professional Level bagi siri peperiksaan ICAEW Mac 2023.

Istana Negara menerusi Facebook berkata, turut menzahirkan ucapan tahniah adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian Mandy mendapat keputusan cemerlang bagi siri peperiksaan tersebut, sekali gus meraih anugerah berprestij itu dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Advertisements

“Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu-individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing,” katanya hari ini.

Terdahulu, Mandy dianugerahkan tempat pertama bagi ICAEW Certificate Level Annual Order of Merit 2022, World Prize untuk Principles of Taxation bagi Jun 2022 dan World Prize untuk Financial Accounting and Reporting bagi siri peperiksaan Disember 2022.

Istana Negara berkata, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Mandy dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan