31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Projek mega ternakan ayam FELCRA tampung keperluan makanan

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada generasi warga peserta untuk membina kerjaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROJEK mega Ternakan Ayam Pedaging Secara Tertutup yang dilaksanakan oleh FELCRA Berhad di kawasan luar bandar berperanan menampung keperluan bekalan makanan dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia juga berpotensi mengubah lanskap sebuah pekan kecil atau desa kepada persekitaran berkualiti.

Menurutnya, ia dapat dilakukan melalui pelbagai aktiviti penjanaan ekonomi setempat seperti aktiviti perkhidmatan dan penyelenggaraan, kerja-kerja lanskap, pembekalan, pembinaan dan kontrak serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada generasi warga peserta untuk membina kerjaya serta menjana pendapatan selain dapat mengisi kekosongan jawatan yang akan ditawarkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, program itu juga merupakan kesinambungan dalam usaha kerajaan terus meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalu Pelan transformasi FELCRA 2.0 dan seterusnya memperkukuhkan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Advertisements

Katanya, sehingga kini terdapat lima lokasi Projek Mega Ternakan Ayam Pedaging Secara Tertutup FELCRA iaitu di Tanjung Seratus, Kuala Rompin Pahang yang mampu mengeluarkan 300,000 ekor sepusingan.

Empat lagi ialah di Sungai Damak, Lipis, Pahang (250,000 ekor), Padang Terap, Kedah (250,000 ekor) dan Paloh 4, Gua Musang, Kelantan sebanyak 250,000 ekor bagi setiap pusingan.

Zahid berkata, isu keterjaminan makanan akan menjadi satu elemen penting dalam usaha berterusan kerajaan dalam memastikan perancangan rantaian bekalan di dalam negara terus berdaya tahan.

“Ia sekali gus dapat memberikan kelangsungan kehidupan kepada seluruh rakyat Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan