24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Dr Akmal selar kenyataan Azri tuduhnya ‘pak turut’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menyelar kenyataan bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang menuduhnya sebagai ‘pak turut’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, perubahan portfolio bukan bererti beliau terpaksa akur dengan pertukaran yang dibuat seperti yang didakwa rakannya itu.

Diamanahkan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, beliau berkata, itu bukan bermakna dia harus menjadi ‘pak turut’ kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

Beliau berkata, pertukaran portfolio adalah perkara biasa.

“Tak salah kalau kita nak tukar poftfolio orang lain kan. Jadi kalau nak tukar portfolio orang, tak bermakna kita kita akan jadi pak turut kepada orang itu.

“Kenapa saya tukar kepada portfolio Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri sebab selain daripada doktor, saya adalah orang kampung.

“Orang kampung dekat dengan hati saya. Jadi sudah tentulah portfolio ini saya dapat lebih banyak berkarya dan membantu lebih ramai orang kampung,” katanya menerusi video penjelasan yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Advertisements

Azri semalam menerusi video dalam Facebook melabelkan Dr Akmal sebagai pak turut kepada Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Ini selepas Ketua Pemuda UMNO itu ditukarkan portfolio daripada kesihatan kepada Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Dr Akmal dalam pada itu mengingatkan Azri agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Jadi Gomo (Papagomo – panggilan kepada Azri), cakaplah apa nak cakap sekalipun tapi jangan nanti sampai kena saman fitnah seperti yang sebelum-sebelum ini.

“Saya bukan seperti yang dikatakan. Saya bukan cari makan dengan politik, dengan sembang politik sahaja.

“Saya ada kerjaya saya sebelum masuk politik dan sudah tentulah bila sudah masuk politik sebab saya rasa saya ada perkara yang saya nak buat perubahan dengan politik,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan