27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Radzi nafi terlibat, minta penyebar fitnah mohon maaf

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sekali lagi menegaskan beliau tidak terlibat dengan rasuah menerusi satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta sepertimana yang tular ketika ini.

Sehubungan dengan itu, Ahli Parlimen Putrajaya itu mahu penyebar fitnah yang membuat dakwaan tersebut untuk segera tampil memohon maaf.

Menjelaskan perkara itu Dr Radzi menerusi rakaman video berdurasi tiga minit di Facebook, berkata, tuduhan yang dilemparkan itu sangat besar dan boleh menjejaskan imejnya.

“Ini satu fitnah yang besar dan kepada penyebar, ya anda mungkin gembira kerana ia sudah tular tetapi itu gembira di dunia.

“Menjawablah di akhirat kelak. Ini satu perbuatan yang cukup jahat,”katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan, isterinya, Datin Balkis Zakaria bukan daripada keturunan kerabat diraja ataupun tengku dan tidak pernah terlibat dalam sebarang urusan kementerian.

Advertisements

“Nama isteri saya, Balkis binti Datuk Syeikh Haji Zakaria bin Ahmad Wan Besar. Kalau sahabat-sahabat di Kedah, pasti mengenali salah seorang ulama besar yang menerbitkan buku dan kerap bersiar di radio ketika itu. Jadi, inilah isteri saya.

“Isteri saya ini kalau nak tahu, dia tidak pernah terlibat dengan urusan kementerian. Sebagai contoh, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila ditanya mengenai tarikh sekolah akan dibuka bila dan saya jawab, tunggu pengumuman di TV.

“Ini adalah contoh bahawa kami tegas dan tidak ada penglibatan isteri saya langsung,”tegasnya.

Justeru, Radzi menasihatkan penuduh dan penyebar untuk bertaubat kerana tuduhan tersebut memberikan kesan yang amat besar.

Menurutnya, fitnah lebih bahaya daripada membunuh dan tindakan tersebut seperti mahu membunuh karakternya.

“Saya doakan yang terbaik untuk sahabat semua dan mohon sahabat semua doa yang terbaik juga untuk saya serta keluarga walau kita dizalimi sedemikian rupa,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan