25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Asyraf nasihat Howard tidak lagi petik ayat al-Quran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Howard Lee Chuan How agar tidak lagi mengulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat al-Quran dalam memberikan pandangannya berhubung hal berkaitan politik.

Asyraf Wajdi berkata, ia bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

“Walaupun perbuatan DAP itu pernah dihalalkan oleh kepimpinan PAS waktu bersama dahulu, namun saya harap Horwad tidak mengulanginya lagi.

“Terima kasih saudara Howard kerana menerima pandangan dan teguran saya secara positif,” ujarnya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook beliau.

Sebelum ini, Howard Lee dalam video di TikTok menafsirkan potongan ayat surah an-Nisa untuk menggesa umat Islam menyokong Kerajaan Perpaduan. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan