33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Op HUU: 6,476 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 6,476 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebanyak 26 operasi dijalankan serentak semalam.

“Ia membabitkan Op Utama (had laju/LSD); Op Utama (lampu isyarat merah); Op Utama (telefon bimbit);Op Motosikal; Op Samseng Jalanan; Op Parkir Haram; Op Perdagangan; Op Mabuk; Op Khas/EBA; Op Pelbagai dan Op Halangan.

“Antara kesalahan yang direkodkan semalam adalah halangan lalu-lintas (4,816), lain-lain kesalahan (1,285) dan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (134),”katanya menerusi kenyataan di sini.

Sarifudin berkata, pihaknya turut mengeluarkan 68 keping saman yang membabitkan kesalahan nombor plat, warga tempatan tiada lesen memandu (112) dan langgar lampu isyarat merah (46).

Advertisements

“Turut dikesan, seramai 12 warga asing melakukan kesalahan tiada lesen memandu dan tiga saman kerana berhenti di petak kuning.

“Menerusi operasi yang dijalankan semalam juga, kita telah mengambil tindakan untuk sita 12 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Selain itu, kita juga menahan tujuh individu atas pelbagai kesalahan trafik serta seorang individu yang terbabit kes penyalahgunaan dadah,”katanya.

Katanya, seramai 48 pegawai dan 657 anggota terlibat dalam operasi berkenaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan