24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

SPRM dijangka ambil keterangan Radzi Jidin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berkaitan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata, bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut selain akan turut memanggil saksi yang lain.

“Kita tidak tolak kemungkinan akan panggil beliau. Tapi bukan sekarang.

“Kita sedang kumpul keterangan dulu dan akan tengok keperluan untuk panggil beliau (untuk beri keterangan).

“Kita juga akan panggil lebih ramai saksi bagi membantu siasatan kes ini,”katanya seperti dilapor Astro AWANI hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

Advertisements

Mereka ditahan jam 11 malam tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Radzi dalam kenyataan dilaporkan berkata bahawa tuduhan-tuduhan terkandung dalam mesej tular yang mengaitkannya dan isteri terlibat projek percetakan buku J-Qaf bernilai kira-kira RM80 juta untuk prasekolah adalah tidak benar sama sekali.

Ahli Parlimen Putrajaya itu menuntut mana-mana pihak yang menuduh dan menyebarkan fitnah terhadap beliau agar tampil memohon maaf.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan