25 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Festival Fotografi EXPOSURE+ PHOTO berlangsung di 10 lokasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai boleh mulai berkunjung Festival Fotografi EXPOSURE+ PHOTO yang kini berlangsung selama dua minggu bermula 21 September lalu sehingga 1 Oktober 2023.

Festival yang julung kali diadakan ini bakal berlangsung di sepuluh lokasi terkenal ibu kota seperti GMBB, REXKL, KLoé Hotel dan The Zhongshan Building.

Lokasi menarik lain yang tersenarai adalah di BookXcess, LOKL Coffee Co, High Street Studios (HSS), Triptyk, Kantata dan Zontiga.

Program lain seperti bengkel, reviu portfolio, bual bicara, forum dan berbagai acara lain berkaitan fotografi juga akan diadakan untuk menyokong penganjuran festival.

Festival ini dianggap unik kerana mendedahkan jurugambar Malaysia kepada konsep open call (panggilan terbuka) di mana penyertaan dibuka kepada semua fotografer yang berminat dari seluruh dunia.

Menurut Pengasas Bersama EXPOSURE +PHOTO Nadirah Zakariya yang juga jurugambar tersohor, fokus festival ini adalah untuk mengenengahkan projek fotografi termasuk video yang dekat dengan hati dan jiwa audiens festival.

Advertisements

“Tema yang dipilih penganjur iaitu A Different Light adalah cukup luas untuk diinterpretasikan dalam genre fotografi yang berlainan dan boleh dianggap sebagai tema yang boleh dibawa ke pelbagai arah,”katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengasas bersama festival Steven Lee berkata, pihaknya menerima lebih dari 160 permohonan dari seluruh pelusuk dunia.

“Daripada jumlah ini, panel juri kami terdiri dari nama-nama besar industri termasuk Ihiro Hayami, pengarah T3 Photo Festival Tokyo dan Carol Körting, editor foto majalah LFI (Leica Fotografie International) telah memilih 20 artis dengan projek yang memberikan impak terbesar.

“Kami ingin berterima kasih kepada penaja utama festival ini iaitu Canon Malaysia. Tidak lupa juga kepada para penaja lain, rakan kerjasama, penyokong festival ini samada dalam atau di luar talian dari serata dunia; serta rakan-rakan dan keluarga yang telah bersama kami sejak awal lagi.

“Bagi pihak penganjur festival, saya ingin menjemput semua peminat seni fotografi terutamanya rakyat Malaysia untuk mengunjungi festival ini di lokasi-lokasi yang ditetapkan dan mengambil bahagian di dalam program yang telahpun dirancang,”kata Steven.

Festival Fotografi EXPOSURE+ PHOTO adalah inisiatif bebas dengan berkonsepkan akar umbi, dan beroperasi sebagai sebuah non-profit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan