31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Anak lelaki Dr Zulkifli layak terima biasiswa – MAIWP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANAK lelaki kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

MAIWP menerusi kenyataan berkata, ia berdasarkan dasar serta prosedur operasi standard (SOP) MAIWP.

Menjelaskan lebih lanjut menurut MAIWP, Abdul Syakur yang memperoleh keputusan 8A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah penuntut lepasan Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP.

“Pemberian biasiswa itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP, 11 September lalu.

“Hasil semakan juga mendapati pemohon dikategorikan dalam asnaf Fisabilillah dengan Lebihan Had Kifayah.

“Bapa pelajar (Datuk Seri Dr Zulkifli) hanya menerima pencen dan telah melepaskan segala jawatan beliau termasuk juga sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia.

Advertisements

“Ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah ditetapkan bagi asnaf Fisabillillah,” menurut kenyataan itu.

MAIWP turut memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.

Jelas MAIWP, bantuan biasiswa itu adalah antara 30 skim di bawah Dasar Skim Bantuan Zakat MAIWP yang digunapakai sejak diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-150 pada 15 Januari 2020 dan Mesyuarat MAIWP pada 18 Februari 2020.

“Ia juga diperakui mengikut SOP Pengurusan Skim Bantuan Zakat MAIWP yang diluluskan Mesyuarat Pengurusan MAIWP pada 22 Disember 2020,”kata MAIWP.

Sebelum ini, isu pemberian biasiswa itu menerima pelbagai reaksi termasuk mempertikaikan kelayakan Abdul Syakur, yang juga anak bekas menteri.

Beliau didakwa mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding calon lain, sebagai penerima. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan