25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pandu kenderaan tanpa lesen, rekod kesalahan tertinggi di Johor

Mesti Baca

SEBANYAK 5,531 kenderaan telah dikenakan tindakan manakala 9,996 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Ops Patuh bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Johor setakat 21 November 2023.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, sebanyak 98 kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sejak Ops Patuh JPJ bersama JSPT 1 November lalu.

“Antara kesalahan yang merekodkan statistik kesalahan tertinggi adalah kesalahan tiada lesen memandu sebanyak 2,382 kes manakala kesalahan membabitkan lesen kenderaan motor tamat tempoh 1,826 kes.

“Lain-lain kesalahan membabitkan kesalahan teknikal seperti pengubahsuaian terhadap kenderaan, mempamerkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, tidak selenggara tayar dengan baik dan lain-lain pula merekodkan sebanyak 854 kes.

Advertisements

“Justeru dimaklumkan, pecahan peratusan kesalahan membabitkan pelesenan pemandu adalah sebanyak 27.12 peratus manakala 35.6 peratus kesalahan di bawah pelesenan kenderaan telah dikesan sepanjang penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sempena Ops Patuh Bersama JSPT di seluruh negeri Johor yang bermula 1 November 2023 lalu.

Pelaksanaan penguatkuasaan kolaborasi strategik antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan Pematuhan Trafik (JSPT) secara keseluruhannya bertujuan memaksimumkan pematuhan piawaian teknikal dan keselamatan kenderaan yang digunakan penunggang motosikal serta pemandu kenderaan ke arah membudayakan pematuhan undang-undang. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan