Sunday, July 19, 2026

Warga asing miliki dadah ditahan peronda lebuh raya JSPT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga asing ditahan kerana memiliki bahan disyaki dadah oleh peronda lebuh raya (EMPV) Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dalam pemeriksaan di Kilometer (KM) 225 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) hari ini.

JSPT berkata, semasa anggota EMPV Sektor 2 Pedas-Ayer Keroh JSPT Bukit Aman membuat tugas rondaan penguatkuasaan trafik di lokasi berkenaan telah mengesan sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas pemandu yang merupakan warga asing dan kenderaan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu.

“Malahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) juga tamat tempoh,” katanya.

Menerusi pemeriksaan lanjut, JSPT berkata, polis turut menjumpai satu paket plastik lutsinar yang berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu ketika pemeriksaan dilakukan di dalam kenderaan tersebut.

“Dadah yang dijumpai seberat anggaran 0.42 gram selain satu balang kaca yang di ubahsuai disyaki alat menghisap syabu.

“Berikutan itu, suspek telah ditahan dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau untuk tindakan selanjutnya,”katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan