30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Bella Dally mula fokus belakang tabir

Mesti Baca

SEDAR lakonan tidak selamanya akan dilakukan, pelakon Bella Dally mula membabitkan diri dengan kerja-kerja di belakang tabir.

Sebagai permulaan, Bella dan suami membuka syarikat produksi, Ariz Media Entertainment Sdn Bhd yang diusahakan sejak lebih dua tahun lalu.

Malah setakat ini, syarikat berkenaan sudah menerbitkan lima drama.

Walaupun sedar bidang penerbitan tidak menjanjikan pulangan yang lumayan, Bella, 32, nekad memilih bidang ini yang dirasakan sesuai dengan jiwanya.

“Tidak selamanya saya akan berlakon malah sekarang saya juga agak memilih untuk menerima tawaran berlakon.

“Buat masa sekarang saya cuba memberi tumpuan kepada perkara lain. Selain membabitkan diri dengan penerbitan saya juga mahu meneroka peluang perniagaan yang lain,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama terbitan syarikatnya, Cik Misi 123 baru-baru ini.

Menerusi drama bersiri 30 episod yang disiarkan di Astro Ria itu, Bella turut berlakon sama.

Advertisements

Bella berkata, walaupun sudah mempunyai syarikat penerbitan sendiri bukan bermakna dia hanya akan berlakon di bawah produksinya sahaja.

“Bukan kerana tidak mahu berlakon dengan penerbitan lain, tetapi disebabkan kakak ipar adalah penerbit eksekutif, kadang-kadang dia suruh saya berlakon sama.

“Kami bertanya juga kepada stesen TV apakah sesuai atau tidak. Kerana selalunya mereka ini ada kriteria pelakon yang dimahukan.

“Saya sebenarnya terbuka jika ada tawaran daripada syarikat produksi lain. Tidak dinafikan ada yang berfikir saya sudah  tidak mahu berlakon lagi.

“Sebenarnya, saya masih berlakon malah suami tidak menghalang. Mungkin disebabkan saya jarang muncul di TV disebabkan watak yang ditawarkan tidak kena dengan jiwa,” katanya.

Selain Bella, Cik Misi 123 menampilkan Sweet Qismina, Adam Lee, Hafreez Adam, Afifah Nasir, Faizdickie dan ramai lagi.

Drama itu mengisahkan perjalanan Oya lakonan Sweet yang terpaksa memasuki kursus kejuruwatan. Di Kolej Oya bertemu Mika lakonan Adam yang kemudian berusaha memenangi hatinya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Nawawi

KESEMUA institusi pendidikan MARA (IPM) dicadang membudayakan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai usaha melahirkan generasi ulul-albab muda Islam, cerdik...

Lagi Artikel Berkaitan