Thursday, July 23, 2026

Pelan Liberalisasi Visa diteruskan bagi VM2026 – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan terus melaksanakan Pelan Liberalisasi Visa melibatkan peranan semua kementerian dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara yang diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) hari ini.

Mesyuarat ini adalah susulan dengan pengumuman VM2026 di mana fokus akan diberikan kepada pelancongan lestari yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

“Hasil keputusan mesyuarat ini akan dipantau melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara yang diadakan di Bangunan Parlimen hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Diharapkan sektor pelancongan negara akan terus cemerlang pada masa akan datang, insya-Allah,” kata Anwar. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan