28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Radzi Jidin nafi lulus projek cetakan bernilai RM80 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin menafikan dakwaan beliau telah meluluskan projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80,000,000.

Radzi menerusi kenyataan berkata, tuduhan tersebut menyatakan isterinya bertindak sebagai proksi syarikat ATR One & Only Enterprise dan juga merupakan kerabat diraja bergelar Tengku.

“Saya ingin tegaskan bahawa tuduhan-tuduhan terkandung di dalam mesej tular tersebut yang mengaitkan saya dan isteri dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar sama sekali.

“Isteri saya juga bukan seorang kerabat diraja dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan mahupun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan di dalam mesej yang tular tersebut.

“Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah meminta atau menerima, sama ada secara terus atau melalui mana-mana orang lain, sebarang rasuah atau suapan daripada sesiapa pun sama sekali,” katanya hari ini.

Advertisements

Radzi memaklumkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap bekas setiausaha politiknya semalam atas alasan beliau terlibat dalam perkara tersebut.

Oleh itu, katanya, beliau melihat SPRM dengan jelas sedang bertindak atas arahan pihak atasan kerana pernyataan-pernyataannya di Parlimen pada Selasa lalu.

Jelasnya lagi, mesej Whatsapp karut yang tular itu digunakan semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan imej beliau serta menindas bekas pegawainya yang tidak bersalah.

“Perkara-perkara seperti mesej yang tular dan berunsur fitnah jahat tidak sepatutnya dijadikan dasar penyiasatan tanpa sebarang asas kukuh, khususnya jika pernyataan tersebut dibuat oleh seseorang yang membuat tohmahan melulu secara berselindung.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya ke atas sesiapa sahaja yang mengulangi atau menerbitkan semula tuduhan-tuduhan jahat yang sama sekali tidak berasas ini,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan