25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Ku Nan, terimalah kekalahan, hentikan fitnah – Radzi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin menasihatkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan supaya menerima kekalahannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Radzi turut meminta bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berhenti menggangu dan menfitnahnya dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada penduduk di Putrajaya.

Tegas Radzi, hantaran yang dimuat naik Tengku Adnan di Facebook yang menyatakan kononnya apabila penduduk disuruh ke Pusat Khidmat Masyarakat UMNO Putrajaya jika hendak berjumpa dengannya hanya fitnah semata.

“Allahu, Ku Nan. Cukup-cukuplah tu. Ingatlah, fitnah ini mudah di mulut tapi tidak mudah untuk dijawab di hari pengakhiran! Terimalah kekalahan dengan hati terbuka. 

“Kalau ingin masih menongkat langit untuk bertanding dalam PRU-16, bertandinglah secara sihat. Tidak perlulah memfitnah kononnya bila ada yang nak jumpa saya, Pusat Khidmat Putrajaya Care minta ke Pejabat UMNO,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Radzi berkata, Pusat Khidmat Putrajaya Care tidak menerima sebarang bantuan daripada Kerajaan Perpaduan.

Advertisements

“Walaupun kami tidak mendapat hatta sepuluh sen peruntukan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH)-DAP-Barisan Nasional (BN) yang didukung kuat Datuk Seri, kami di Putrajaya Care sentiasa usahakan yang terbaik. 

“Sokongan jitu dan sumbangan ikhlas sahabat-sahabat seperjuangan serta dokongan kakitangan awam di pelbagai agensi telah banyak membantu dan memudahkan kami memberikan khidmat kepada warga Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi turut meminta Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim membayar ‘hutang’ RM50,000 susulan tewas dalam petisyen pilihan raya dan rayuan yang difailkan sebelum ini.

“Mohon Ahmad Faisal segerakan bayaran RM50,000 kepada saya seperti yang diperintahkan oleh mahkamah. 

“Sepertimana saya sebutkan sebelum ini, setiap sen daripada RM50,000 tersebut akan saya salurkan kepada Putrajaya Care. Kepada Tengku Adnan pula, cukup-cukuplah memfitnah. Carilah damai di hati,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan