27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

MOSTI pastikan negara tidak ketandusan modal insan STI

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan negara ini tidak ketandusan talent pool atau modal insan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi menampung permintaan dalam industri berasaskan teknologi.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan terutamanya anak muda di luar bandar dengan menawarkan pelbagai kerjaya yang luas sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat.

“Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang STI mampu melonjakkan pendapatan individu dengan menawarkan gaji yang lumayan.

“Bagi membolehkan anak-anak muda kita merebut peluang-peluang ekonomi dalam bidang STI, ianya bermula daripada penglibatan aktif pelajar dalam bidang STEM,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kembara Sains Borneo (KSB) Siri Dua Tahun 2023 di Kalabakan, Tawau, Sabah, hari ini.

KSB dianjurkan Pusat Sains Negara (PSN) dan julung kalinya diadakan di Sabah merupakan inisiatif merapatkan jurang pembudayaan sains dalam kalangan anak-anak muda sekaligus meningkatkan populariti dalam bidang STI.

Katanya, melalui KSB Siri 2 itu, PSN membawakan pengalaman sesebuah Pusat Sains kepada komuniti luar bandar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan serta membawa bahan-bahan pameran interaktif khas dibawakan daripada Kuala Lumpur.

“PSN telah menjelajah Parlimen Kimanis pada 15 September lalu dan berjaya menarik seramai 10,212 pengunjung di sepanjang 3 hari berlangsungnya KSB Siri 2 di Parlimen Kimanis,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan