34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

LTdL 2023: De Kleijn ungguli peringkat pertama

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JAGUH pecut Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn mengungguli saingan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Kerteh ke Kuala Terengganu, hari ini.

Pelumba Belanda berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Little Gorilla itu menjadi individu pertama yang melepasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 187.4 kilometer (KM) dengan catatan masa empat jam 25 minit 48 saat.

Kejayaan mengungguli peringkat pertama menyaksikan de Kleijn merangkul jersi hijau Petronas dan turut memegang jersi oren KBS selaku raja pecut.

Sementara itu, pelumba Human Powered Health, Sasha Weemaes menamatkan saingan di belakang de Kleijn manakala pemenang peringkat pertama edisi tahun lalu, Gleb Syritsa dari Astana Qazaqstan, ketiga.

“Menuju ke garisan penamat pada satu ketika saya fikir saya akan tewas kepada Syritsa yang berkelebihan dalam pecutan.

Advertisements

“Tetapi dengan tubuh yang kecil, saya mampu menyelinap masuk dan saya tahu saya mempunyai lebih banyak kelajuan, saya gembira dapat menewaskannya,” kata de Kleijn dalam sidang media selepas perlumbaan.

Pelumba Mongolia, Tegshbayar Batsaikhan dari pasukan Roojai Online Insurance mengungguli jersi putih selaku pelumba terbaik Asia.

Dalam pada itu pelumba Terengganu Polygon Cycling Team, Muhammad Nur Aiman Mohd. Zariff memulakan saingan dengan baik apabila dinobat sebagai raja bukit (jersi polka dot) selepas menguasai zon pendakian di Jerangau dan memungut mata di zon pendakian Sekayu.

Peringkat kedua esok akan bermula dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 186.2km membabitkan tiga zon pecutan di Bukit Nenas, Bandar Permaisuri dan Peringat selain dua zon pendakian Cat4 di Setiu dan Pelong. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan